top of page
Recent Posts
Featured Posts

POKOK TECOMA memukau pemandangan


Kebelakangan ini ramai orang memperkatakan tentang pokok ini. Ke mana jua anda pergi, anda akan dapati pemandangan yang sungguh indah dan menakjubkan kerana pokok-pokok ini sedang mempamerkan kecantikan bunga-bunganya yang sedang berkembang serta berguguran seperti hamparan warna di bawah pohonnya.

Pokok tecoma atau dikenali juga dengan pelbagai nama seperti pokok kertas tisu, pokok terumpit atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Pink trumpet tree, Pink poui, Pink tecoma atau Rosy trumpet tree manakala nama saintifiknya adalah Tabebuia rosea dari family Bignoniaceae. Pokok ini dikatakan berasal dari selatan Mexico, ke Venezuela dan Ecuador. Ia telah ditemui tumbuh dari 1200 m paras laut dalam suhu di antara purata 20°C hingga 30°C dengan hujan tahunan melebihi 500 mm.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting. Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan. Penduduk turut mendakwa apabila pokok itu mengeluarkan bunga yang lebat, selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya musim hujan.

Bunga pokok tecoma bersaiz besar, dalam pelbagai nada warna iaitu merah jambu ke ungu, putih, merah dan muncul ketika pokok ini tidak mempunyai atau sangat sedikit daun.

Di Malaysia, pokok kertas tisu banyak ditanam sebagai tanaman landskap taman atau penghias sepanjang jalan atau dalam kawasan bandaraya kerana bentuk konopinya yang sesuai dijadikan sebagai pokok lindungan. Warna bunganya yang pelbagai menjadikan tanaman ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik apatah lagi ketika musim ianya berbunga.

foto : jabatan pertanian malaysia


Follow Us
No tags yet.
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page