top of page

pokok penutup bumi

Tanaman penutup bumi adalah tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh sangat cepat digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan. Fungsi utamanya adalah untuk pengurusan kesuburan tanah, kualiti tanah, air, rumpai, perosak dan penyakit, biodiversiti dan hidupan liar dalam sesuatu agroekosistem

rumput mutiara1
rumput mutiara
landskap idaman
221120105603
P1020176

                Rumput Mutiara

 

  Rumput mutiara menjadi pilihan bagi memenuhi halaman rumah kerana rupabentuk rumputnya cantik dan ia kekal dalam saiz yang sama panjang. Rumput ini perlu ditanam ditempat yang betul2 panas dan di kawasan yang terbuka (tidak berbumbung) supaya saiz rumput jadi betul2 pendek, nampak cam bulat seperti mutiara yang akan mencantikkan lagi halaman rumah anda.

 

  

rumput philiphine1
rumput philiphine2
rumput philiphine
241120105614
landskap_taman_perumahan_17

           Rumput Philiphine

 

  Rumput ini sesuai berada ditempat yang lapang dan terdedah pada cahaya matahari sekurang2nya 5 jam sehari bagi mengekalkan bentuk dan warnanya. Sesuai ditanam di halaman rumah kerana status penjagaan lebih mudah, tahan lasak dan serangan virus/serangga perosak. Digalakkan menggunakan

baja urea cukup untuk sekali sebulan.

 

      

rumput jepun
rumput jepun3
rumput jepun5
rumput jepun2
rumput jepun1

           Rumput Jepun

 

  Rumput ini berwarna hijau muda seakan rumput philiphine tetapi lebih kurus. Rumput ini tumbuh secara menegak tidak seperti rumput lain yang tumbuh mendatar. Rumput ini sangat cantik jika dijaga dengan rapi dan ia akan menjadi daya penarik bagi halaman rumah anda.

 

     

             COW Grass

 

  Rumput yang amat tahan lasak,  biasanya di ditanam dimerata-rata tempat, taman permainan, padang bola, bahu jalan atau lapangan-lapangan riadah. Rumput ini tahan dari segala jenis penyakit, serangga, cuaca dan rumput liar. Rumput ini perlu selalu dipotong kerana membiak dengan cepat.

      

          

cow grass
cow grass2
240520104607
bucida hijau
cow grass1
221020105494
ros jepun3
ros jepun2
ros jepun1
ros jepun
pokok memanjat2

           Pokok Ros Jepun

 

 Pokok Ros Jepun juga merupakan pokok penutup bumi kerana pokok ini membiak dengan cepat menutupi permukaan tanah andai ditanam secara rapat-rapat dalam kuantiti yang banyak. Pokok ini mempunyai kuntuman bunga yang cantik dan lagi menarik andai ditanam dengan bunga yang berbagai warna. Pokok ini sangat mudah membiak andai mendapat penjagaan yang rapi dan sesuai ditanam ditempat yang lapang mahupun didalam pasu.

 

       

bottom of page