top of page

Projek Terkini

Kami ingin menyentuh tentang landskap dan taman untuk kediaman pula. Rumah yang dilengkapi dengan taman merupakan kediaman yang sering di impikan oleh setiap insan. Tidak kira lah sama ada taman itu kecil mahupun taman yang luas. Tanpa taman, rumah bagaikan tidak berseri dan tidak ada unsur kesegaran

 

Membekal, memasang dan menaik taraf peralatan permainan di Kompleks Sukan Bandar Ketengah Jaya,Dungun

15 jun - 23 ogos

 

Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf kawasan permainan di Kompleks Sukan Bandar Ketengah Jaya. Projek ini meliputi kerja-kerja mengecat semula alatan mainan sediaada, membekal dan menggantikan alatan yang rosak dengan yang baru serta sesuai. Penutup plastik,pemegang besi yang rosak dan berkarat juga akan digantikan dengan yang baru serta selamat untuk digunakan.Di samping itu, kawasan lantai tempat duduk wakaf juga akan di mampatkan dan digantikan dengan jubin yang baru agar ia kelihatan lebih menarik. Kerja-kerja landskap juga akan dilakukan untuk menceriakan lagi suasana persekitaran agar lebih tenang dan mendamaikan untuk melakukan aktiviti rekreasi di sana. Projek ini dibawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 [ Kerja-kerja Pembersihan di Kawasan Rehat Perasing,Daerah Kemaman.]

 

Kawasan Rehat dan Rawat PERASING yang berada di laluan lebuhraya pantai timur fasa 2 dari Kuala Terengganu ke Jabor mempunyai infrastuktur yang selesa kepada mereka yang memerlukan rehat bagi perjalanan jauh. Syarikat PAE melakukan kerja-kerja pembersihan di bangunan-bangunan sekitar bagi memenuhi keselesaan pengguna lebuhraya. Kerja-kerja pembersihan meliputi kawasan tandas,surau, taman permainan serta kawasan parking. 

bottom of page