POKOK TEDUHAN/NAUNGAN
BUCIDA MOLINETI(POKOK BUCIDA HIJAU)
ciri-ciri :
- pokok bucida hijau juga dikenali sebagai pokok doa.
- dapat memberikan imej yang cantik dan teratur
- sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama,halaman rumah.
- Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus
- mempunyai dahan yang rimbun dan berdaun kecil
BUCIDA VERIEGATA(POKOK BUCIDA BATIK)
ciri-ciri :
- pokok bucida BATIK juga dikenali sebagai pokok doa.
- dapat memberikan imej yang cantik dan teratur
- daun yang berwarna keemasan apabila disinari cahaya mentari.
- sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama,halaman rumah.
- Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus
- mempunyai dahan yang rimbun dan berdaun kecil
POKOK TEMBUSU/(fragea fragrans)
Pokok Tembusu Padang tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tinggi, dan hidup biak dalam tanih berlempung yang tidak subur. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:
-
Kulit kayu: Mempunyai fisur-fisur tegak yang dalam dan yang merupakan ciri utama pokok ini.
-
Daun: Disusun dalam bentuk pilin yang rapat pada hujung dahan-dahan yang terlangkup.
-
Bunga: Amat kecil, berbentuk trompet, berwarna putih kuning, dan amat wangi. Pokok ini berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun, dan dari Oktober hingga November.
-
Buah: Berwarna jingga terang ketika masak. Isinya benyek, dan dimakan oleh kelawar, burung, dan keluang. Biji-biji yang keras disebarkan melalui tahi haiwan-haiwan itu.
-
Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.
-
Biasa ditanam di lebuhraya, taman permainan, padang bola.
SEMARAK API (delonix regia),
Nama Botani : Nama Family :Fabaceae atau Nama biasa :
Delonix regia Caesalpiniaceae Pokok SemarakApi
Ciri-ciri :
-
Silaranya menyebar 10m - 15m. Ketinggian 10m - 15m.
-
Bunganya berwarna merah, jelas dan menarik.
Kegunaan Landskap :
Pokok hiasan
Lokasi Kesesuaian Tanaman :
Sesuai untuk tanaman bandar, taman permainan , lebuhraya
POKOK ANGSANA/POKOK SENA
Nama Botani : Nama Family : Fabaceae Nama biasa :
Pterocarpus indicus Pokok angsana
Ciri-ciri :
-
Silaranya menyebar 10m - 15m. Ketinggian 10m - 15m.
-
Bunganya berwarna kuning, jelas dan menarik.
-
pohon yang lebat berbentuk kubah dengan cabang-cabang yang merunduk hampir ke tanah
-
buah berbentuk bulat, berupa polong, dan mempunyai sayap yg mengelilingi buah tersebut.
Kegunaan Landskap :
Pokok hiasan
Lokasi Kesesuaian Tanaman :
Sesuai untuk tanaman bandar, taman permainan , lebuhraya