top of page
Recent Posts
Featured Posts

Pokok Bunga Ros - Tips Penanaman dan Penjagaan


Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara di atas bumi ini dengan keadaan yang masih sihat walaupun negara kita masih lagi di selubungi oleh jerebu yang mana indeks udara semakin teruk dengan kadar peglihatan yang semakin terhad. Situasi ini mencetuskan kebimbangan bagi kita semua kerana ia memberi kesan kepada tahap kesihatan kita.Namun ia tidak menjejaskan idea yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips berkenaan cara penanaman dan penjagaan pokok bunga Mawar atau Ros. Pokok bunga ros ini amat terkenal di kalangan peminat pokok hiasan malahan dikalangan masyarakat kita ini kerana ia telah lama digunakan dalam pelbagai bidang industri pembuatan dan perniagaan dalam Industri farmaseutikal, Industri pemakanan sebagai bahan perasa seperti Minuman pati Ros, Industri kosmetik seperti minyak wangi, ubat gigi, bedak talkum, Perniagaan Spa sebagai bahan mandian untuk kesegaran badan. Pokok Ros terkenal dengan gelaran Raja Segala Bunga (Queen of Flowers). Justeru itu, ianya amat memerlukan :-

- Persekitaran yang bersih

- Pencahayaan sinar Matahari yang cukup pada setiap hari

- Pemberian pemakanan yang konsisten dan lengkap iaitu mengandungi nutrien yang cukup untuk tumbesaran pokok, daun dan bunga yang sihat dan subur.

- Pemberian air yang mencukupi

Tips Penanaman :-

1. Menanam di dalam Pasu

Langkah 1 - Pilih pasu yang lebih besar dari pasu asal - Gunakan medium tanah yang poros (memegang air ) Langkah 2 - Buatkan tanah menjadi berbentuk bukit di dalam pasu. Taburkan HoneyBee Organic Rose Food sebanyak 2 sudu makan di puncak bukit Langkah 3 - Keluarkan pokok dari dalam pasu, buangkan tanah yang berada di bahagian bawah pokok Ros tersebut dengan berhati-hati sehingga akarnya kelihatan - Letakkan pokok Ros berserta akarnya disekeliling tanah yang berbentuk bukit Langkah 4 - Tambah tanah - Siram air

2. Menanam di dalam Tanah

  • Buat lubang sebesar 2’X2’

  • Letakkan batu kerikil dibahagian bawah lubang. Ia berfungsi untuk mengelakkan dari terjadinya water clogging

  • Gunakan medium tanah yang poros (memegang air )

  • Buatkan bukit. Taburkan HoneyBee Organic Rose Food sebanyak 2 sudu makan di puncak bukit

  • Keluarkan pokok dari dalam pasu, buangkan tanah yg berada di bahagian bawah hingga akar pokok kelihatan

  • Letakkan akar disekeliling bukit

  • Tambahkan tanah

  • Siram air

Tips Penjagaan :-

1. Cara Cantasan - Potongan dilakukan ¼ inci dari arah mata tunas secara menyerong - Cantasan pada bunga layu : dilakukan pada daun keempat yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 helaian daun - Untuk membentuk supaya pokok ros merimbun, patahkan pucuk yang masih muda. Ianya dilakukan setelah mempunyai sekurang-kurangnya 4 helaian daun

2. Cara Pembajaan - Taburkan Honeybee Organic Rose Food 6 inci dari pangkal Pokok Ros - Siram Air

3. Cara Penyiraman Pokok Ros

Berikut dikongsikan cara-cara menyiram air pada Pokok Bunga Ros mengikut kelapangan waktu yang sesuai dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika siraman dilakukan. Kadangkala kita tersalah anggap bahawa Pokok Bunga Ros seperti pokok hiasan yang tidak memerlukan bekalan air yang secukupnya. Justeru itu, ramai pengemar Ros menyiram air pada Pokok Bunga Ros secara ala kadar sahaja dimana ada kalanya kita menyiram dan ada kalanya tidak disiram. TIPS Penting Air yang cukup sangat penting untuk memastikan Pokok Bunga Ros anda tumbuh subur. Oleh itu, anda hendaklah bijak memastikan siraman air seimbang dengan saiz Pokok Bunga Ros tersebut. Ini perlu diberi perhatian yang serius kerana siraman air yang terlampau banyak pada pokok dikhuatiri akan menyebabkan akar Pokok Ros busuk dan akhirnya mengakibatkan Pokok Ros anda mati


Follow Us
No tags yet.
Search By Tags
Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page